Saturday, June 20, 2009

Perjalanan Batik Zehann Ur Rakhie

Tak kenal maka tak cinta...

Dahulu saya hanya mengenal batik melalui kain2 Kelantan dan Terengganu. Tanggapan saya tentang batik ialah ianya pakaian yang dilukis dengan batik (lilin, canting dsb). Mungkin saya sedikit ketinggalan kerana ianya bukan bidang saya. Orang pakai batik...saya pun pakai. Saya pakai kerana ianya ada dijual dikedai-kedai. Saya juga bukan orang seni. Cuma tahu ianya cantik atau sebaliknya dan yang paling penting ialah harga.

Sekitar tahun 2001, suatu hari saya melihat Balai Kraftangan ditempat saya yang sebelumnya usang tak berjaga itu mula dibersihkan oleh sekumpulan orang2. Letaknya diseberang jalan Rest House Jerantut. Dulunya Balai Kraftangan itu didiami oleh seorang pengusaha kraf rotan, tak ingat dah siapa namanya tapi tak lama. Balai Kraftangan ini dirasmikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM lama dulu. Kemudian mulalah kelihatan ada aktiviti disitu dan Balai Kraftangan mula hidup kembali. Tapi tak ramai yang tahu apa aktiviti disitu. Saya sendiri tidak berapa peduli sehingga satu hari kakak saya mengajak ke Balai itu. Katanya hendak menempah kain Batik. Hari itulah pertama kali saya melihat pembuatan Batik.
Disitu saya berkenalan dengan kak Zie dan kak Nor dan beberapa orang lain yang sedang bekerja. Saya tertarik dan agak terkejut bila mendapati rupanya batik yang dibuat mereka tak nampak seperti kain pasang (seperti yang pernah saya lihat ditv) tetapi cuma petak2 yang dilukiskan bunga2 orkid, ikan2 laut, burung2 dan rama2. Kak Zie kemudian menjelaskan petak2 lukisan tersebut kemudian akan dipotong (mengikut saiz petaknya) dan akan diframekan untuk dijual. Barulah saya kenal ianya lukisan Batik. Bagaimanapun tempahan kakak saya diterima kerana mereka juga membuat batik kain pasang, cuma ianya bukan keutamaan. Begitulah pengalaman pertama saya melihat lukisan Batik.
Lukisan Batik yang mereka hasilkan ada pelbagai kategori dan saiz dan berbeza harga. Ada yang komersil dan ada yang special. Yang special inilah yang dilukis sendiri oleh personaliti yang saya kagumi ini. Beliau ialah Zehann ur Rakhie. Abang Zehann atau yang saya kenal sebagai abang Hadie (ada yang panggil Eddie) ini rupanya adalah boss disitu. Untuk beberapa lama setelah mengenali kak Zie dan kak Nor, saya tidak begitu beri perhatian sangat pada abang Zehann (saya guna Zehann kerana rakan2 blognya mengenali beliau dengan nama ini) kerana beliau nampak agak menyendiri. Selalu kalau saya berkunjung ke Balai, hanya nampak kelibat2 beliau saja. Mulanya saya anggap beliau seorang yang agak sombong (maklumlah, dari kak Zie saya dapat tahu dia sebenarnya orang KL) tapi kak Zie menjelaskan yang abang Zehann ni memang begitu dan sesekali bila dapat berbual dengannya tanggapan ini saya buangkan.

Sekarang saya akan bercerita sedikit tentang abang Zehann. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau datang ke Jerantut pada lewat tahun 1993. Saya belum dapat lagi mencungkil sebabnya beliau berhijrah dari KL ke Jerantut seorang diri. Kak Zie dan kak Nor adalah orang2 yang pertama bekerja dengan beliau bila beliau membuka bengkel batiknya di kawasan industri Jerantut. Bengkel beliau adalah satu2nya bengkel orang Melayu disitu.
Saya difahamkan ramai yang hairan melihat batik yang dibawanya (seperti saya juga he..he). Ketika itu kak Zie sedang menunggu keputusan SPM dan dari cerita kak Zie, dia bekerja disitu bila melihat ada poster peluang pekerjaan yang ditampal di stesyen bas Jerantut (oleh abang Zehann le tu). Kak Nor pula masuk tidak lama selepas itu setelah 'penat' kerja kilang diKL. Kak Nor adalah sepupu kak Zie.
Seperti yang saya katakan tadi, abang Zehann tidak membawa batiknya seperti batik yang saya kenal (kain pasang dll). Batik beliau ialah lukisan yang diframekan. Dulunya saya hairan dimana dia menjual lukisan2 batiknya kerana tiada satu pun dapat dijumpai dibandar Jerantut. Kemudian saya mendapat tahu lukisan2 batik beliau dijual kepada Karyaneka dan BMB (Batek Malaysia Berhad, sekarang dah berkubur!) dan beberapa outlet lain sebagai produk2 souvinir.

Abang Zehann mula berkecimpung dalam batik pada tahun 1990 apabila seorang pengusaha batik (rakan beliau diKL) meminta dia melukis rekaan batik untuk suatu pertandingan. Sebelumnya beliau adalah seorang grafik artis. Setelah itu beliau dipelawa bekerja dengan syarikat rakannya itu dan sejak itulah abang Zehann mula terlibat dalam bidang batik. Abang Zehann menceritakan tatkala itu mereka mula mengeluarkan produk2 lukisan batik (bukan kain pasang seperti kebanyakan pengusaha batik) sebagai mengelak persaingan dan mencari pasaran baru. Mula2 ianya sangat susah sampai katanya sekotak rokok pun kongsi 3-5 orang, sebungkus
mee goreng pun berkongsi juga. Tetapi lama-kelamaan produk mereka mula mendapat perhatian dan sejak itu mereka dikatakan sebagai pelopor kepada produk batik painting komersil. Cuma saya masih kurang pasti mengapa abang Zehann kemudian berhijrah membawa dirinya kedaerah Jerantut ini. Cuma bagi saya, beliau sebenarnya telah menumpahkan jasa ke daerah Jerantut ini dengan Batiknya.
Tahukah rakan2 berapa pengusaha batik diNegeri Pahang ini? setahu saya tidak ramai dan hanya ada satu saja diJerantut.

- lagi Batik Painting Zehann Ur Rakhie ikhsan dari beliau-









siri Orkid 1










siri Orkid 2











siri Orkid 3











siri Orkid 4











siri Orkid 5

3 comments:

Sulela said...

Benar...tak kenal maka tak cinta...

Cantik sungguh lukisan2 batik tu. Terpukau mata melihatnya...

teratak batik said...

memang cantik..saya sendiri pernah menempah dua keping batik painting abang Zehann dgn tema bunga raya utk diletak diruang tamu rumah. tlg2 lah promokan kat kengkawan ya.

rizal said...

Selamat singgah empunya rumah.

Moga-moga blog ni akan dikemaskini selalu. Nanti boleh saya kunjung selalu

Great to see another Malaysian doing a blog on crafts.

Yup i agree, Jerantut or Pahang is not well known for its Batik. Tapi baguslah Abang Zehan ada kat situ.

Kesukaan saya no. 1,2,3 dan 5. Sebanarnya semua sekali cantik tapi pilihan syok yang no disebutkan tadi.

Selamat ber"blogging" dan selamat hari yang baik ya.