Wednesday, June 17, 2009

Salam Perkenalan

...disini adalah suatu permulaan yang sangat baru bagi saya. Dengan latar tidak langsung pernah terlibat dengan apa jua wadah luahan (secara terbuka), ini adalah suatu langkah bagi saya untuk meneroka ruang yang selama ini menyipi dari perjalanan hidup. Kata-kata seperti 'tak kenal maka tak cinta' mula saya beri perhatian.

Dari itu untuk kali pertama ini, saya akan bercerita tentang seseorang yang amat saya kagumi. Saya mengenal orangnya sudah agak lama, tapi belum pernah benar-benar mengenali siapa dirinya. Beliau adalah seorang pengusaha bukan saja Batik (didaerah saya) tetapi juga seorang pekebun, pelukis dan yang paling memeranjatkan saya secara peribadi ialah kemahirannya yang terserlah dalam bidang penulisan! Pertama kali membaca karyanya membuatkan saya berfikir jauh. Mungkin kerana itu adalah pertama kali saya membaca suatu karya yang unik, indah dan memeranjatkan! Setelah itu tahulah saya mengapa saya sangat meminati lukisan Batiknya. Saya mungkin akan bercerita lebih panjang mengenai personaliti ini dimasa akan datang (beliau nampaknya juga agak kurang sihat ketika ini). Tapi yang menggembirakan sedikit ialah beliau bersetuju untuk menyumbangkan beberapa gambar lukisan batik beliau. Motif dan subjek yang dipilih adalah sesuatu yang paling diminati beliau. Begitupun bagi saya keindahan lukisan batik beliau sudah cukup buat saya untuk menghirup udara alam keindahan gubahan personaliti ini.













































































Siri Rama-rama.

Saya difahamkan siri ini pernah dipamerkan di galeri Kraftangan Langkawi sebelum dibeli oleh seorang ahli perniagaan.

4 comments:

D'Rimba said...

Indah seninya halus batiknya cukup mempesona seni kita................

Sulela said...

Salam perkenalan teratak batik...

Siapakah personaliti yang dimaksudkan itu? Corak batik siri rama-rama tu nampak sungguh cantik...

Hmmmm...setahu saya...pelukis yang terbabit dalam bidang penulisan hanya Zehann Ur Rakhie...

Rose Harissa (NORA) said...

Salam... ehem... macam kenal je siapa ni... *grin*
Terima kasih kerana sudi menjemput saya ke sini...
Tahniah... terhasil juga akhirnya teratak batik ni! Memang hasil batiknya...
Semoga 'beliau' cepat sembuh! :)

teratak batik said...

saya dah agak Nora akan kenal orangnya sebab perbualan dengannya menyebut tentang orang2 yang membantu beliau dan yang boleh menjayakan blog ini (ehem2).